Wednesday 13 May 2015

MARKAS BAITUL ADAM YANG SERBA BARU BERTEMPAT DI BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG SGOR

Asslm duhai Sahabat yg sy kasihi sekalian, sudah lamanya tiada perkabaran buat dalam blog ini ! InsyaAllah pena ini akan terus menulis demi kemeslahatan serta kasihnya pada umat Muhammad saw. Kami akan update disuatu masa tentang perkembangan baru yang terlalu menarik dan sudah pasti hendaklah disajikan pada para pembaca semua!

Syukurlillahhikasiro! Dapatlah mendapat sebuah tempat shoplot bagi menanggung aktiviti serta program yang semakin sarat! Disini kami masih kekalkan fokus utama perkhidmatan iaitu dua.

1. Rawatan Wilayah Al-Haqq 2.Beladiri Kilas tempur.
 InsyaAllah Perkhidmatan lain-lain yang disediakan adalah Pengajian Aqidah Tauhid,Tarekat dan Tasauf, Pemulihan Ketagihan, Seminar Motivasi Pembangunan Diri dan roh, kursus kejuteraan awam, kursus automotif dan lain2 smuanya ada MasyaAllah!

Alamat kami- No 3-2 A, Jalan 5/1, Green Valley Park 48020 Rawang Selangor.
Bagi yang ingin mendapat rawatan mohon buat temujanji dgn kami 3 hari sebelum mendapat rawatan.
Hubungi pembantu2 saya Kh Haiqal - 0113223 5370 Sdr Halil- 012647 9300 Sdr Firdaus 010262 8900

Disuatu masa lagi bertemu didalam blog ataupun di premis kami!. barakAllah!

Monday 17 February 2014

RAWATAN YANG PELIK TAPI TERKENANG SELALU !

Assalamualaikum Sahabat-sahabat sekalian, lama sungguh saya tidak menjenguk blog oleh kerana membantu para-para pesakit yang ingin kesembuhan dunia malah akhirat ! tidak mengapa saya akan menyampaikan kisah merawat dengan pesakit agar masing-masing yakni para pembaca InshaAllah dapat barokah dan menimba pengalaman mendengar kisah ini.

Kes ini telah lama berlaku lebih 15 tahun dahulu saya diminta oleh seorang kenalan rapat yang ayahnya di klang, selangor seorang  warga emas yang sudah berminggu-minggu nazak tetapi tidak juga pergi ! Berminggu-minggu jugalah ahli-ahli masjid dan kenalan keluarga mereka datang kerumah untuk membaca yasin padanya akhirnya warga emas ini tiba-tiba bangun kebingungan dan duduk bersama jemaah turut sama membaca yasin ! Pelik tapi Benar alangkah terkejut para jemaah melihat keadaan ini malah ada yang cabut lari ketakutan !

Kes ini terlalu menarik jadi saya pun ingin membantu keluarga ini. Sesampainya saya disana di waktu bacaan yasin dilantunkan oleh para jemaah saya bertanya dengan kenalan rapat apakah kesukaan ayahnya maka dia menjawab memelihara burung yang menyanyi.Maka saya bertanya lagi dimanakah burung peliharaannya itu rupanya ada terletak di sebuah tempat tidak jauh dari situ disuruhnya pula oleh saya untuk membawa burung-burung tersebut pada saya. Selang beberapa jam datanglah kenalan saya itu membawa burung-burung itu maka saya lepaskan burung-burung tersebut disitu juga dan dengan tidak semena-mena warga emas itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kejadian itu telah disaksikan oleh semua yang hadir jadi apa yang boleh saya sampaikan itu hanya sumbangsih bagi keluarga ini.

Nota kaki:
Saya nyatakan kita tidak boleh menghalang sebarang kebebasan oleh binatang-binatang yang berhak hidup dan juga janganlah terlalu mengasihi atau taksub pada sesuatu yang tidak kekal !

Saturday 9 November 2013

Cawangan Pusat Rawatan Wilayah Al-Haqq baru kami di Bandar Baru Bangi.

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Bertemu lagi kita di ruangan Tahun Baru Maal Hijrah 1435. Shukur ke hadrat Allah dengan keIzinanNya dapat saya menulis lagi dan diberinya ruang buat saya meneruskan Dakwah Tuhan pada ummat yang dikasihi.

Baru-baru ini saya telah dipanggil untuk memajukan Rawatan Kesufian di kawasan Bangi, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Beranang, Nilai dan Seremban oleh itu untuk memudahkan perjalanan saya ke lokasi berikut saya telah diberikan oleh seorang Hamba Allah sebuah rumah kedai sebagai Hub Centre bagi melaksanakan tujuan-tujuan tersebut. Di sini dapat saya merealisasikan impian disambing Perubatan cara Kesufian bersanad ditambah lagi dengan Pengajian Tauhid bersanad serta Bela Diri Cara Bersanad. Sanad ini adalah penting dan kritikal bagi mendapat barokah mulia melalui sanad yang sampai kepada Muhammad Rasulullah s.a.w.

Disini saya sertakan poster terbaru yang menunjukkan carta Wilayah Lataif bagi mendatangkan kefahaman kesembuhan pada setiap penyakit zahir dan batin. Hubungilah kami bagi mendapatkan rawatan ataupun pencerahan dalam Agama dan juga belajar untuk selamatkan diri dan keluarga dari musuh-musuh Allah. InshaAllah.



WILAYAH RAWATAN AL-HAQQ
SEJAHTERA ZAHIR DAN BATIN

SEJAHTERA DALAM AGAMA, DUNIA 

DAN AKHIRAT

Sila Layari Blog www.syaikhdrbahaudintnitmt.blogspot.com (Wilayah Rawatan Al-Haqq)

Sila Hubungi atau SMS untuk temujanji atau sebarang pertanyaan : Syaikh Dr Bahaudin- 0172392569. Kh. Hifzi-0196634527 dan Kh. Nizam-0102807025.

Alamat : No 12A, Jalan 4/12A, Seksyen 4 Tambahan, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor D.E













Tuesday 16 April 2013

Assalamualaikum pembaca-pembaca semua mohon maaf ada kesilapan pada alamat klinik kami. jadi kami akan menulis kembali yang betul! terima kasih.

Raudhatul Al-Faeez ( Wilayah Rawatan Al-Haq)
Lot 1990-9. Kg Sungai Salak Batu 9 1/2,
Jalan Gombak, Gombak 53000.
Kuala Lumpur.

Monday 15 April 2013

WILAYAH RAWATAN AL-HAQ - SUATU PENGENALAN



 

WILAYAH RAWATAN AL-HAQ




Pengenalan:

Insan itu terdiri daripada dua unsur yakni zahir dan batin. Zahir terdiri daripada air,angin.api dan tanah manakala batin terdiri daripada roh. Di dalam roh melibatkan beberapa wilayah. Daerah,imkan atau yang terkenal sekali dipanggil lataif. Mempunyai 7 wilayah titik dalam batin tubuh manusia itu dan jika seseorang itu sakit tidak kira ringan ataupun berat semuanya berkisar daripada lataif tersebut. Maka diberi kesembuhan melalui titik-titik wilayah tersebut.

Mengikut Sabda Rasulullah penyakit itu adalah kifarah pada setiap dosa. Jadi apa yang boleh difahamkan adalah kerana pelaksanaan dosa oleh pesakit itu yang menimbulkan sakit! Kami sebagai perawat tidak ada masalah untuk mengetahui sakit itu puncanya malah kami akan turut menerangkan secara peribadi dengan pesakit bagaimana untuk mengatasinya. Disini ditekankan wajib untuk merawat lebih yang batin dari yang zahir! Jika batin itu baik secara automatisnya zahir pula baik !

Jadi boleh kami terangkan disini bahawa manusia itu sendiri yang mengundang penyakit itu ! Oleh kerana segala kekhilafan dan dosa-dosa itu dikifaratkan oleh Allah melalui penyakit-penyakit jika ringan penyakit itu menunjukkan dosanya agak sedikit tetapi jika berat penyakitnya itu adalah dosanya terlalu besar! Jika tidak dengan penyakit diturunkan terhadap manusia itu diberikan musibah atau yang lebih berat lagi iaitu bala dan akhirnya mati tanpa sempat bertaubat! WaNauzubillah !
Allah telah berfirman “Dalam hati manusia itu berpenyakit dan ditambah penyakit atas penyakit” Nah saksikan sendiri betapa Tuhan kita menyatakan betapa hati itu berpenyakit! Walaupun dikatakan sebegitu Allah tetap menurunkan penawarnya bagi penyakit itu !

Jadi bagi sesiapa sahaja umat Muhammad dan Bani Adam diluar sana yang mempunyai jalan buntu diatas permasalahan penyakit fizikal dan kerohanian ataupun yang berkenaan dengan keadaan misteri boleh menemui penyelesaian! Biiznillah! Temuilah kami di klinik kami di Gombak, Selangor. Method rawatan kami berunsurkan Agama islam dan Kesufian iaitu penggunaan Ayat-ayat suci Al-Quran dan Penyucian melalui Zikirullah. Kami mendapat mandat kaedah rawatan ini melalui kedua-dua Guru Kami yang Tercinta Al-FaqirillAllah Syaikh Dr Hj Adam b. Hj Hasan asal Beranang, Selangor dan Al-FaqirillAllah Syaikh Dr Al-Hady b. Hj Yahya asal Beranang, Selangor yang banyak kami berasa terlalu bershukur tiada terhingganya kerana dengan tunjuk ajar ilmunya tiada hentinya serta melimpahkan barokah berpanjangan kepada kami sehingga akhir hayat.

Pesakit-pesakit disarankan banyak-banyak berserah pada Allah dan Mohon keampunan pada Allah agar dapat menemui Belas Kasih KeAmpunanNya dan jangan sesekali mengingkari perintah-perintah Allah dalam Rukun Islam!

Untuk Makluman semua Saya Syaikh Dr Bahaudin, Klinik Wilayah Rawatan Al-Haq dibawah Naungan Baitul Adam Resources merangkap sebagai Perawat yang akan mengubati pesakit-pesakit malah turut dibantu oleh Dr Noorman dan Sdr Nizam. Uniknya pula klinik kami berada di perumahan anak-anak yatim yang mana saya menjadi Ayah Angkat kepada mereka. Pesakit-pesakit juga dapatlah menerima doa kesembuhan berkat daripada anak-anak yatim ini, Insha Allah.


Dari Sebab Menjadi Akibat
Dari Akibat Menjadi Musibah
Dari Musibah Menjadi Taubat
Dari Taubat menjadi Berubah.

Alamat klinik kami di Raudhatul Al-Faeez, Lot 1993-9, Kg Sungai Salak Batu 9 ¾, Jalan Gombak, Gombak 33000, Kuala Lumpur.

Hubungi kami untuk temujanji di talian peribadi kami :-

Syaikh Dr Bahaudin – 017-239 2569
Dr Noorman – 012-315 1559
Sdr Nizam -  012-391 2154

Wahai pembaca-pembaca kami ! Nantikan kelak blog kami akan paparkan dalam bentuk video atau foto dimana aktiviti-aktiviti yang berlangsung diantara perawat dan pesakit serta testimonial pesakit yang telah mengikuti proses rawatan dengan kami. Insha Allah .